Want your
own Fotopage?









 
Nina's Bittersweet Memories
Photobucket
By: Nina Mastura

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 3-Sep-2008 01:19 Email | Share | | Bookmark
Happy Eid Mubarak Everyone!!

Hari ni dah masuk hari ke-3 umat Islam menjalani ibadah puasa. Sehingga hari ni, alhamdulillah aku tak rasa sangat keletihan berpuasa. Hopefully keadaan ni berterusan hingga ke hujung Ramadan hendaknya. Kebetulan 1 Ramadhan tahun ni jatuh pada hari jadi aku. Untuk kaum keluarga & sahabat handai yang wish for my birthday, terima kasih bebanyak. Ucapan dan tanda ingatan kalian amat bermakna bagi aku. Huhuhu...rasa macam caya tak caya je aku dah nak menginjak ke usia 30-an dua tahun lagi. Sekarang dah jadi remaja tua..hehehe..remaja lagi ke ek?? Aku takde la expect something special on my birthday jadi sambutannya biasa aje. Kami beli kek sebiji then makan waktu berbuka. Maybe next time ada rezeki lebih baru bleh sambut special².

Inilah keknya - Cappucino & Chocolate Cake


Tasnim temankan ibunyer potong kek. Sibuk je dia pandang kamera


Hurms...ujung minggu sebelum tu kami tak kemana-mana,cuma ada ajak hubby pegi umah family aku tengok anak buah aku yag baru.Aku dah jadi Maklong...hihiks! Hari Jumaat aku amik EL since nenek tak boleh nak jaga Tasnim sebab nak jaga adik ipar aku yang selamat deliver a baby girl kat Hospital Serdang. Mudah aje adik ipar aku bersalin. Dia start sakit jam 11 malam 28hb Ogos 2008 tapi kiranya baru mild contraction. Dalam jam 2 pagi,adik ipar aku bagitau dia rasa perut dia memulas-mulas macam nak buang air besar. Kebetulan time tu aku terjaga nak buat susu Tasnim, aku tengok lama betol dia dok dalam tandas and muka dia pon dah berkerut-kerut so aku tanya la. Bila dia bagitau keadaan dia tu, aku syak dah dia nak deliver so aku kejutkan mak & ayah aku. So, depa pun hantar adik ipar aku ke Hospital Serdang. Adik aku macam tak caya isteri dia dah nak beranak, dia ingat isteri dia sesaja je ngadu sakit. Adoi la..bertuah punya suami . Bila aku cakap isteri dia memang dah nak bersalin, baru la nampak dia sibuk bersiap sama nak ke hospital. Aku bajet dalam tengahari mesti adik ipar aku dah selamat deliver, tup-tup ayah aku anta sms jam 6.30 pagi bagitau semuanya dah selamat. Adik ipar aku selamat bersalin secara normal. Dia cerita, masa dia bersalin ada sorang je doktor yang sambut baby dia. Macam aku dulu, gamaknyer sebab ada kes..jangan kata bidan, doktor pakar, doktor biasa, nurse..semua ada. Yang tolak perut, yang pegang kaki, yang tolong doktor sambut....adoi la..penuh bilik bersalin time tu . Tapi betul lah kata orang kan, pengalaman bersalin setiap orang tak sama...berbeza-beza..ada yang mudah, ada yang susah..bahagian masing-masing. Ada yang waktu pregnant alah kemain,waktu bersalin senang. Ada yang waktu pregnant takde alahan, sihat cerga time bersalin susah, ada yang dari pregnant sampai bersalin senang, ada yang sebaliknya. Yang pasti kita semua akan merasai kesusahan,kepayahan,keseronokan dan keindahan pengalaman mengandung dan bersalin tu. Sekarang, adik ipar aku ada berpantang kat rumah family aku. So far si ibu dan anak sihat walafiat. Tasnim dah dapat kawan baru, tak sabar nak tunggu dorang besar, nak tengok dorang main sesama. Jangan dok bergaduh tarik rambut sesama udah Kang,dedua kena pulas perut nanti

Introducing my little cute niece - Dhia Alia Batrisyia, 2.86 kg.

Nanti aku akan update lagik gambo anak buah aku ni

Huhuhu...ni nak mencelah jugak juadah yang aku buat untuk makan santapan hari minggu. Tetiba rasa teringin nak makan pasta. Benda yang instant-instant ni suka bebenor le aku membuatnya.


Dan..last but not least, aktiviti ibu & babah Tasnim 'mengerjakan' dak kecik tue.


Amboih meriahnya pakai tudung bagai kekekekee comel. Hepi belated besday mek. Aku lupa sungguh 1/9 tuh kerna aku lone ranger mengemas anak aku nak sambut poser sbb wan takde kl. So ko pepaham jekla kan.. dah cam tikus kudung dah aku kena buat keje.

Tahniah kerna dpt ahli kuarga baru, wah ramai dan meriah sungguh tahun ni ek, bak kata wani .. kopak beb kopak ) kakakakkaka ampeh wani. Takpela coming soon sorang agik anak buah mai, pun kuor kat serdang gak kot kalo takde hal akakakakakakakaaa.. sapa agaknya makhluk Tuhan paling seksi tu ek hek hek hek .... ) nyampah )

Tasnim sangat comel, suka tul aku nengok kulit dia cantek.

Weh awat rambut ang pendek ang dah potong pendek ka ) aiyaaahhh
Fri 5-Sep-2008 01:34
Posted by:Mama Danish along_10279@yahoo.com
salam ramadhan & happy belated busday chem

nama ank buah chem nk sama ngan tisya

ala cutenye tasnim dikerjakn ibu & babah55
Fri 5-Sep-2008 04:31
Posted by:eryn@mama tisya  - [Link]
Add comment


Monday, 25-Aug-2008 02:01 Email | Share | | Bookmark
Rainy weekends



Dari awal bulan lagi, setiap hujung minggu kami menerima kedatangan tetamu yang terdiri dari sedara mara belah aku & hubby. Minggu lepas nenek,atuk & sedara-mara belah mak aku datang berkumpul untuk sama-sama menghadiri kenduri doa selamat & tahlil kat rumah pakcik aku. Malangnya aku sekeluarga tak sempat nak berlama-lama kat rumah baru pakcik aku tue kerana Tasnim dah meragam sakan. Berpeluh la mak aku, makcik-makcik aku termasuk la aku sendirik nak memujuknya. Memang Tasnim dah sedia mengantuk tapi mata dia sengaja ditahan-tahan. Sampai rumah pakcik aku, tak sampai setengah jam dia dah meragam. Disebabkan dia menangis tak renti-renti..bak kata orang Melaka..dah legat melalak, nak tak nak terpaksa aku laki bini usung anak kami balik. Mujur la rumah pakcik aku ngan rumah aku dedekat aje. Pada mulanya aku bercadang bila Tasnim dah tido, mood dia dah OK, aku nak pegi la semula ke rumah pakcik aku tu..ye la, segan weh blah dalam keadaan tergesa-gesa tapi husband aku cakap tak yah la...nanti kalo Tasnim meragam balik, jenuh ler. Bapak aku pun tak bagi datang balik. Adehhhhhhh~~!!

Kelmarin pulak, sepupu husband aku datang. Kiranya dia nak pay a visit lah since aku ngan hubby ada datang umah dowang masa dia dalam pantang. Al-maklumlah kami sesama baru pindah kat Putrajaya ni..and memasing baru dapat anak. Beza anak dia ngan Tasnim just sebulan tapi anak dia comel,kecik molek je. Jauh beza la ngan Tasnim. Lupa plak nak snap gambar depa berdua. Takpelah, maybe lain kali.

So demi menyambut kedatangan tetamu, aku yang jarang-jarang bersilat kat dapur nih agak sibuk la memasak hari tu. Juadahnya takde la grand sangat, tapi sesuai la kot buat santapan di waktu petang nan dingin itew


Ni ler juadahnyer : Mi kari & Jelly puding berkuah

Hari Ahadnya pulak, aku takde kemana. Matdom stay kat umah melayan karenah si Tasnim. Husband aku plak keje malam. So, itu je la aktiviti aku untuk last weekend.


Sedikit sebanyak citer tentang my Tasnim:
Sekarang umonyer dah 4 bulan ++. Ujung bulan ni dia dah nak masuk 5 bulan.
Dah boleh meniarap,dalam tido pon dia boleh meniarap tegakkan kepala...adoi la
Air liur asyik dok meleleh je... aper le benda yang aku tak sempat nak makan pasa preggy dulu yek. Rasa-rasa gak gusi dia kot nak tumbuh gigi ke aper kan.
Selain suka hisap jari, apa je benda yang dekat ngan mulut dia and yang dia boleh capai, konpom dihisapnyer. Aku belikan dia teether tapi dia macam lagik syok gigit-gigit jari aku daripada gigit benda alah tue.
Tak suka dibaringkan, lagik suka kalau orang yang dukung dia..dudukan dia. Dalam stroller pon dia dah takmo dok lelama.
Suka peratikan orang, suka senyum, suka ketawa. Kalau orang nak snap gambar dia,mesti kontrol ayu so tak dapek la nak amik gambar candid-candid.

comelnya tasnim!!!! geram tgk muka dia yg manis. sweet jer.... Tue 26-Aug-2008 14:57
Posted by:dyla  - [Link]
lama tk tgk pic tasnim...
makin gebooo pp nye...geram
Tue 2-Sep-2008 14:24
Posted by:eryn@mama tisya  - [Link]
Add comment


Wednesday, 16-Jul-2008 02:22 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti hujung minggu Tasnim sekeluarga



Petang Jumaat lepas, adik ipar aku yang study kat UM bagitau nak lepak kat umah kami for weekend. So, lepas kerja aku cecepat amik Tasnim kat rumah neneknya dan pick her up kat ERL Putrajaya. Kesian juga dia kena tunggu aku ngan Tasnim agak lama. Excited betul Mak Uda nak jumpa Tasnim, nak main-main ngan Tasnim tapi Tasnim plak moodnya tak berapa elok..so meragam le dia. Jenuh juga ibunya ni nak bagi dia tido. Gamaknya sebab dah dekat seminggu melepak kat umah nenek ngan atuk @ Kajang, bila balik umah sendiri rasa cam tak best...( ni sekadar assumption ibu Tasnim yang mendapati Tasnim agak mengada-ngada kerana kat Kajang ramai owang nak melayan/mendukung dia especially si atuknya ). Dan yang susahnya si ibu inilah bila si Tasnim merengek diberi layanan yang sama di rumah sendiri...adoi la muncuk, sori la ibu banyak keje nak kena settlekan...mujur mak uda kamu rajin nak melayan kamu sementara ibu settlekan kerja-kerja umah. Babah Tasnim plak keje malam tu.

Hari Sabtu kami merancang ke rumah sepupu hubby aku. Rumah dowang dekat je ngan rumah aku, cuma sebelum ni kami takde kesempatan nak menziarahi dia. Sepupu hubby ni still dalam cuti bersalin, dia amik cuti bersalin 3 bulan. Lepas bersalin hari tu dia berpantang kat Taiping, awal bulan ni baru dia balik sini. Anak dia muda sebulan dari Tasnim, namanya Dania Az-Zahra. Comei je Dania..kecik molek je. Masa lahir hari tu berat Dania cuma 2.1 kg sebab Dania dilahirkan awal sebulan dari EDD mamanya. Doktor terpaksa induce sepupu hubby aku tu sebab air ketuban dia dah berkurangan. Sayangnya, aku lupa snap gambo Tasnim ngan Dania melepak berdua sebab aku dok riso ngan mood swing Tasnim hari tu . Lepas solat maghrib kami ingat nak terus balik rumah je, tapi bila mengenangkan mood Tasnim yang tak berapa baik tu..aku ajak hubby pergi cari Gripe Water, kot la anak aku tu kembung ke apa ke boleh la bagi dia minum. Dari 7E sampai la ke Alamanda aku mencari benda alah tu..mujur lah kat Guardian ada juai. Lepas tu nak meronda sakan la kononnya tapi tengok banyak kedai dah nak tutup..so kami balik aje la.

Hari Ahadnya pulak, kami jenjalan ke rumah atuk sedara Tasnim kat Alam Damai, Cheras. Alhamdulillah hari ni mood Tasnim sangat baik. Senyum je dia tengok orang, nak tido pun takde meragam..bagi susu terus zzZZzz . Lepas tu kami hantar adik ipar ku ke hostelnya dan bergegas balik sebab hubby aku keje shift malam hari tu. Melepas peluang aku nak jenjalan KL. Rasa macam dah lama sangat nak jenjalan kat KL nih....

Kat bawah ni selain gambo Tasnim ngan adik ipar aku, aku nak selitkan jugak gambar juadah minum petang yang aku buat time melawat sepupu hubby hari tu. Aku buat bubur cha-cha dengan sardin roll. Masa nak gi rumah Pak Andak, ingatkan nak masak gak sumthing tapi dok kelam kabut bersiap bagai, last-last beli kek swiss roll je 2 biji sebagai buah tangan. Malam semalam disebabkan tengah kemaruk nak makan cupcakes, aku ngan adik aku merajinkan diri buat cupcake coklat. Hiasan krim tu mintak maaf lah..tak semenggah aje. Al-maklum ler kerastangan yang dok wat decoration. Yang penting puas ati sebab buat sendiri..insya Allah lepas ni kalo ada kerajinan dan kelapangan masa, aku nak buat lagi.

Sukernya anak ibu ni dok ngan mak uda ye...


Air tanganku yang seadanya

cute tasnim ngan hairban tu
nanti dh pjg rmbt mcm tisya sure lg cute miut

wah pandai wt cupcakes
leh wt utk busday tasnim nanti
Thu 17-Jul-2008 08:17
Posted by:eryn@mama tisya  - [Link]
Add comment


Friday, 4-Jul-2008 04:52 Email | Share | | Bookmark
Tasnim Imtinan : Kena injek 3 bulan

Kelmarin aku bawa Tasnim pergi ke klinik untuk check-up 3 bulan. Bulan lepas aku pegi, akak misi tu bagitau untuk 3 bulan just datang check-up untuk timbang berat je, takde cucuk tapi tup-tup pegi kelmarin, misi tu bagitau Tasnim akan dicucuk. Aku tgk dalam jadual dalam buku tu pun memang 3 bulan kena cucuk untuk dos kedua, so aku tak kisah la. Kali ni kena cucuk pun Tasnim nangis terisak-isak, sakit benor kot bagi dia kena injek ni. Aku nengok anak owang lain..nangis kejap-kejap je..hehehehe...gamaknya Tasnim ni memang tak tahan sakit kot. Aku kena ajar dia lasak-lasak la pasni supaya jadik kebal bila nak kena cucuk lain kali Boley gitu? Bulan lepas, alhamdulillah lepas kena cucuk, Tasnim tak demam tapi aku still bagi lah. Tapi kalo ni memang dia demam sampai la ke hari ni, siap selesema lagi..sian budak kecik tu dok sok sek sok sek. Hopefully cepat la demam dia sembuh. Memang aku akan pastikan dia makan ubat. lagipun kalo bebudak kecik demam..riso gaks takut nanti bertambah teruk lain plak jadinya. Mintak simpanglah...amin!

Sekarang ni Tasnim dah pandai gelak mengekek-ngekek kalo orang dok bersembang or agah dia. Kalo bab berborak tu makin rancak lah. Hari tu mak aku kata dia dah tunjuk skill mengiringkan badan nak meniarap, tapi kat umah aku tengok dia dok menelentang jek semedang..kalo menjulur kebawah tu adalah Hmm...x sabar nak tengok dia meniarap pulak. Seronok kan dapat tengok perkembangan anak tapi takpelah Tasnim, take ur time...lain budak lain perkembangannya kan?

Kat sini ada la aku snap gambo sebelum kami nak ke klinik hari tu ngan gambo-gambo yang saja aku amik time aku anak beranak melepak kat umah Sebab dah kemaruk ngat nak amik gambo Tasnim sampaikan gambo tangan dibob dia tu pun aku amik Geram je aku tengok, rasa nak gigit-gigit..hihi!
Btw, berat Tasnim sekarang dah 6.4kg



Ibu ngan anak dok tayang lubang idong...hinsh..hinsh!!


Topinya dah tak muat..


Latest pic



Quote:
To Syerah: Lana tu elok la kiut kecik molek sebab mummynya cenggitu, cam Tasnim ni emaknya besau so dia pon menurun la Ha'ah la...tu puting cap Japlo ) Itu je yang Tasnim berkenan nak isap...puting cap lain xmo...okla tu save bajet aku Plus puting tu kan glow in the dark kan?

To Errynn: Adoi la, xde maknanya macam anak mat salleh si Tasnim ni,mak bapaknya melayu totok

tasnim yg gebu mcm ank mat salleh Sat 5-Jul-2008 13:02
Posted by:eryn@mama tisya  - [Link]
aduhai tasnim.. senyumanmu menggoda Thu 10-Jul-2008 06:10
Posted by:afne noorafne@tsssb.com  - [Link]
Amboih amboih bukan men agik isap kopek ni Thu 17-Jul-2008 02:39
Posted by:alongwanida along_10279@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 17-Jun-2008 04:48 Email | Share | | Bookmark
My Tasnim Imtinan : 0 - 2 months plus

Tasnim kena jaundis selepas 3 hari dilahirkan. Elok aku discharge dari wad, Tasnim pulak kena masuk wad pediatrik. So terpaksa la kami stay lagi dalam wad selama 3 hari 2 malam. Sepanjang dalam wad adalah waktu-waktu yang mencabar untuk aku menjaga Tasnim. Hari pertama dan kedua dia lahir, aku still rileks tapi masuk hari ke-3 Tasnim dah start lapar and air susu aku still tak banyak. Even aku dok susukan dia, Tasnim still lapar. Kesian anak ibu...kerap nangis. Pulak tu, tangisannya bukan boleh ditahan-tahan, memang dia lepas all out. Kalau orang dengar mesti orang ingat aku pukul Tasnim . Memula tu memang runsing dok tengok dia nangis tapi pastu aku wat macam biasa. Biar la owang sekeliling nak kata apa..siap ada makcik depan bed aku..anak dia pun baru deliver..cucunya perempuan, baik la sebab nangis merengek-rengek je bila cucu dia start merengek, dia dok pujuk cakap.."Orang perempuan tak elok nangis kuat-kuat"..adehh..tau la anak aku nangis tahap teran sore Tapi syukurlah, sehari selepas tu Tasnim dapat menyusu sekenyang-kenyangnya and dia boleh tido lena kat bawah lampu biru tu and dia dah tak meragam gegiler so hari ketiga Tasnim dah boleh balik umah. Bacaan bilirubinnya turun dari 280 ke 140. Yeay!

Aku berpantang kat rumah famili aku. Memula Tasnim tido ngan aku tapi pastu dia tido ngan neneknya sebab mak aku risau tengok aku dok banyak bergerak nak susukan Tasnim la, nak pegi toilet la, nak pam susu la..itu la..ini la. Luka bersalin orang vaccum memang besar, rasa macam senget bontot kesan bengkak jahitan tue. So, bila Tasnim tido ngan neneknya..aku just bangun untuk pam susu. Kalau Tasnim nak minum, mak aku just keluarkan dari fridge and panaskan sikit dalam air suam. Sensiang aku susukan dia macam biasa. Tapi peel Tasnim ni kalau susu tu kuar laju and banyak sangat, dia akan nangis so terpaksa la aku pam. Alahai..manja + ngada betul anak ibu ni ye

Nak kata aku berpantang sangat tidak juga. Bukan sebab aku ambil mudah soal berpantang tapi since mak aku ada jaga anak orang, dia tak boleh nak fokus pada aku je. Aku start berurut pun bila dah masuk hari keberapa belas ntah. Tapi badan sakit-sakit tak usah citer lah.. Tapi aku still pakai pilis, berbengkung ( then pakai girdle je ), mandi air serai wangi and makan ubat. Bab makanan pulak, mana yang sah-sah memudaratkan owang berpantang aku tak sentuh. Cuma macam ayam, telur, ikan cencaru..aku makan je even bagi sesetgh orang benda alah ni 'gatal'. Memula makan sesikit..bila aku rasa tak mendatangkan kesan apa-apa, aku proceed je. Rite now aku still makan ubat berpantang sebab time pantang suppose aku makan 2 kali sehari, aku makan sekali je sebab takut 'panas'. Kekadang aku minum gaks air sejuk-sejuk ( nak lepas gian pas pantang 44 hari ) sampai mak aku sound kalo sakit badan tanggung sendiri la

Kehadiran Tasnim mengajar aku untuk bersabar dalam menangani karenah dan ragam anak. Yelah, bayi sekecil dia hanya tahu menangis.Nak susu menangis, shi-shi or poo-poo nangis. X selesa nangis. Itu je cara dowang nak communicate ngan kita kan.Apapun,semakin hari aku semakin seronok tengok dia membesar. Dari sehari ke sehari juga aku belajar menguruskan anak dan rumahtangga dengan lebih berhemah..hehehehe. Hopefully aku dan suami berjaya mengharungi cabaran dalam membesarkan anak-anak kami, amin!



Milestone Tasnim Imtinan
Latest weight : 5.5 kg ( timbang waktu dia sebulan setengah, ujung bulan ni nak timbang lagi )
Panjang : Alamak...x ingat la pulak
Anak orang lain waktu 2 bulan dah pandai nak bergolek-golek, nak niarap..tapi Tasnim pandai mengelungsur la plak.
Suka perhatikan orang especially ibu ngan babah.
Suka orang layan dia bubbling..kengkonon layan dia bercerita la
Kepala tu tegak je nak mandang orang bila didukung ngan mandi
Sesekali dia menjerit..ingatkan menangis rupanya saja dok test sore
Selain suka isap jari ( ada orang kata tak elok baby isap jari, ada plak orang kata kalo baby isap jari tu tandanya x banyak karenah ye ke iyo ko? ), Tasnim suka isap bibirnya..memacam la anak ibu ni.
Aku cuba niarapkan dia, bukan dia nak tegakkan kepala ngan tangan tapi dia dok angkat buntut..
Dah start tido lasak...




Quote:
Lyana~Ibu Ainul :tomeinyer tasnim ni..
lawo gile topi tu nina,.. cute sgt... memang kene sabar jge anak kan
tapi setiap tangisan dan gelak baby tu buat kite rasa bahagia jek..
Hehehe..tapi babah Tasnim cakap topi tu pattern cam topi owang nak ke sawah Yup,yup kalo rasa tension-tension tgk anak senyum or sengih kat kita, ilang rasa tension tuh

DD : perghhhhh...penat nk tggu chem update fp neh....dh der bb br update ek comeinyer tasnim kiut je muka comot2 putih tuh...amender tuh?bedak ker?
Tu la pasal, dulu-dulu rasa macam takde benda nak update kat sini. Suka tgk FP orang je. Tasnim tu comot sebab neneknya pakaikan bedak sejuk + air cap badak untuk sejukkan badan dia masa dalam pantang dulu.

tomeinyer tasnim ni..
lawo gile topi tu nina,..
cute sgt...
memang kene sabar jge anak kan
tapi setiap tangisan dan gelak baby tu buat kite rasa bahagia jek..
Sat 21-Jun-2008 04:02
Posted by:lyana~Ibu Ainul~  - [Link]
perghhhhh...penat nk tggu chem update fp neh....dh der bb br update ek comeinyer tasnim kiut je muka comot2 putih tuh...amender tuh?bedak ker? Sat 21-Jun-2008 09:08
Posted by:diyana  - [Link]
puan chem..aku mengandung ais tu minuman ruji oi..ahahaha..giler melantak ais jerk.tp tu la alhamdulillah lana ok.kiranya waktu ngandung ape telintas je kat kepala semer aku makan..hasilnya..mak je lebih2 beso..anak 2.5 aje Thu 3-Jul-2008 15:54
Posted by:::Syerah Mummy Lana:: utada_hikaru85@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 17-Jun-2008 03:18 Email | Share | | Bookmark
Kelahirannya yang dinanti

Sejurus selepas dilahirkan
Saying hye to the world
Nampak x kepalanya bekas kena vaccum?
View all 5 photos...


Rentetan kelahiran permata hatiku..

28 Mac 2008

Lebih kurang jam 3.30 pagi, aku terjaga kerana merasa ingin ke tandas. Kemudian aku dapati terdapat tanda darah dan lendir di seluarku. Aku terus kejutkan emak aku. Emak aku bagitau itu tanda-tanda nak bersalin tapi aku tak rasa sakit apa-apa. So, kami decide untuk tunggu sehingga pagi. Aku tak dapat nak lelapkan mata jadi aku baca surah Maryam and baca doa mudahkan bersalin. Dalam hati aku rasa tak sabar nak menatap wajah anak yang bakal aku lahirkan tapi dalam kepala dok terpikir-pikir macamanalah rasanya nak bersalin nanti.

Dalam jam 9, sekali lagi aku dapati tanda lendir dan darah keluar and yet aku masih tak rasa sakit apa-apa cuma sesekali anakku mengeras seperti biasa. Mak aku sibuk suruh aku makan sebab tak nak aku lapar time dalam dewan bersalin nanti. Aku plak since tak rasa sakit, so act like usual...makan, tengok tv, bersembang, tolong mak kemas rumah dan kemas barang aku and baby apa yang patut. Disebabkan hari tu hari Jumaat, aku decide nak tunggu ayah ngan husband aku balik dari solat Jumaat baru nak ke hospital.

Bila sampai je kat Hospital Putrajaya, kami terus ke Dewan Bersalin. Selepas mendaftar, tak sampai 10 minit aku dah di panggil untuk jalani pemeriksaan. Waktu tu doktor dapati bukaan serviks aku dah 2 cm. So doktor suoh admitted kat wad, katanya bila bukaan dah 3 cm air ketuban akan dipecahkan.

Aku dimasukkan ke wad pada jam 4.30 petang. Itulah kali pertama aku stay kat wad. Sebelum ni aku just melawat orang kat wad and jaga orang sakit je. Petang tue aku still boleh happy-happy bersembang dengan family and kengkawan.

Aku start rasa sakit dalam jam 8 malam. Rasa macam sakit sengugut, mild contraction. Makin lama makin sakit seolah-olah menyucuk-nyucuk tapi aku still boleh bertahan sehingga la tengah malam.

29 Mac 2008

Waktu ni aku dah tak boleh nak lelapkan mata dek menahan sakit kontraksi. Setiap kali nurse datang amik tekanan darah mesti dorang tanya sakit ke tak and nasihat aku panggil dorang kalo rasa dah tak tahan sakit. Tapi aku cuba bertahan selama boleh. Mata ni pun dok tenung jam aje sambil baca doa-doa yang berkaitan. Dalam jam 4 lebih, nurse minta aku ke bilik prosedur untuk check bukaan. Aku ingatkan dah sakit nyucuk-nyucuk tu bukaan aku makin bertambah tapi rupanya just buka 2.5cm. Frust juga.
Chinese kat bed sebelah advice aku jenjalan. Katanya time sakit tu lagi better berjalan daripada just duduk or baring menahan sakit. Aku pun ikut nasihat dia since dia pon nak deliver anak kedua. Aku pun gagahkan diri berjalan, mundar-mandir, ke hulu ke hilir dalam wad tu.

Dalam jam 9 lebih, nurse panggil lagi untuk check bukaan. Alhamdulillah, dah terbuka 4 cm and doktor terus pecahkan air ketuban. Aku diminta bersiap untuk dibawa ke dewan bersalin. Sempatlah aku inform kat husband ngan family aku berkenaan keadaan aku ketika tu.

Aku dimasukkan ke dewan bersalin dalam jam 10 pagi. Lepas air ketuban aku dipecahkan, aku rasa rileks la sekejap tapi nurse kat situ dah ingatkan aku. Katanya lepas ni sakit tu bukan makin kurang tapi makin bertambah macam nak tercabut pinggang . Cuak juga aku mendengarnya tapi pasrah n redha ajelah dengan apa yang akan aku alami. Dan sememangnya makin lama makin kuat kontraksi yang aku alami, tak tergambar dengan kata-kata. Apa yang mampu aku buat hanyalah berdoa tak putus-putus. Husband aku setia menemani aku di sisi . Akhirnya sewaktu bukaan aku 9 cm, aku terasa seperti ingin meneran. Aku terus bagitau kat nurse. Nurse tu pun panggil nurse² dan doktor² yang bertugas. Aku tak tau la dorang buat apa untuk cepatkan bukaan aku kepada 10 cm. Yang nyata aku 'fail' bab teran-meneran nih sehinggalah doktor yang bertugas advice untuk buat post vaccum. Katanya disebabkan HB aku rendah, aku alami sesak nafas yang menyukarkan aku untuk terus push the baby. So anak aku perlu di'vaccum' untuk membantu dia keluar. Akhirnya pada jam 4.54 petang setelah 4 kali cubaan vaccum, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.1kg dalam keadaan hujan lebat plus guruh berdentum dentam. Macam dalam drama plak suasananya.

Aku namakan anak aku Tasnim Imtinan yang membawa maksud Air terjun dalam syurga anugerah Ilahi.
Tak dapat aku gambarkan perasaan tatkala pertama kali menatap wajah anak yang telah ku kandungkan selama 39 minggu 2 hari itu. Sesungguhnya ini adalah pengalaman yang tak dapat aku lupakan.

Care to comment?


Tuesday, 17-Jun-2008 01:41 Email | Share | | Bookmark
My pregnancy..in memory

Sesi potong kek
Hot bun in the oven
Selebet tapi still nak h jenjalan
View all 5 photos...


Aku disahkan hamil setelah 3 bulan berkahwin.Berita gembira itu aku kongsikan bersama keluarga kedua belah pihak dan kengkawan . Aku dijangka bersalin pada 2 April 2008. 3 bulan pertama kehamilan, aku mengalami alahan yang agak teruk. Aku alah pada bau-bauan seperti bau ikan, perfume terutama yang dipakai oleh encik hubby, bahan tumisan and so on. Selera makanku juga berkurang. Pada aku, itulah 3 bulan pertama yang penuh kelesuan dan keletihan. Apapun, encik hubby sempat juga meraikan hari lahirku. Kami sekadar meraikannya berdua dalam keadaan aku yang 'kemabukan'. Akhirnya kek lobak berkrim keju yang sempat ku jamah sedikit dihabiskan oleh ecik hubby a.k.a si pembeli .

Sepanjang kehamilan, bayiku sihat dan perkembangannya normal. Cuma aku mempunyai masalah tahap hemoglobin yang rendah. Boleh dikatakan setiap kali buat 'check up', mesti aku kena dengar 'ceramah' dari akak-akak misi kat klinik.Tapi apa nak buat, dah tugas dorang untuk terangkan komplikasi yang mungkin aku terima kesan daripada HB yang rendah. Aku sentiasa berdoa pada Allah semoga aku dijauhkan daripada komplikasi-komplikasi tersebut.

Aku bersyukur kerana dikurniakan nikmat mengandung. Kesukaran sewaktu hamil kini menjadi kenangan manis buatku. Rindu rasanya ingin menikmati saat-saat si manjaku berada di dalam rahim ini. Insya Allah kiranya ada rezeki, aku merancang untuk hamil lagi but opps...not now!

Care to comment?


Thursday, 10-May-2007 06:22 Email | Share | | Bookmark
Majlis Persandingan Nina & Fendi @ Perkampungan Cenderawasih

Kompang dipalu....
Hai, ketap bibir pengantin dan pengapit..jenuh menunggu kot!
Mak aii...panasnya cuaca, kena jalan pelan-pelan lak tue..
View all 35 photos...

Akhirnya segala perancangan yang telah diatur untuk merealisasikan majlis persandingan impianku telah terlaksana.Walaupun hanya sekadar majlis yang sederhana, ianya tetap membawa kenangan manis dan bersejarah buat kami sekeluarga. Biar sederhana, yang penting kemeriahan yang dirasa. Sejuta kesyukuran aku panjatkan buat-Nya kerana dengan kudrat dan iradat dari-Nya, segala majlis yang diatur berjalan dengan lancar. Segala susah senang, penat lelah dan bantuan dari saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai amat aku sekeluarga hargai. Buat teman-teman yang sudi menghadirkan diri, kedatangan kalian telah menyerikan lagi majlis ini. Maaf andainya aku dan suami tidak punya kesempatan yang cukup untuk melayan kalian. Memandangkan ini pengalaman pertama keluarga aku melangsungkan majlis sebegini, tentunya sedikit sebanyak kekurangan pasti terjadi dan aku mewakili keluarga memohon ampun maaf untuk sebarang kekurangan yang terdapat dalam majlis kami.
Dan aku akui penat rupanya nak jadi pengantin ni.. Penat nak berposing lagi, penat nak disolekkan n bersiap, penat nak bersanding atas pelamin...penat nak pastikan semuanya tersedia dan berjalan seperti dirancang.. Apapun, kepenatan itu berbaloi jua adanya.

Wah Norul, aku tumpang happy..akhirnya tercapai jua hasrat ko suami isteri nak timang baby. Wed 16-May-2007 01:09
Posted by:Ribut Sakinah chempaka_aurora@yahoo.com
meh tgk hbag plak ~~~~~~> http://amoyyyy.fotopages.com . tq Wed 20-Jun-2007 06:12
Posted by:AmOyYyY  - [Link]
cantik pengantin..

meh le jemput masuk ke FP kita..ada handbag, tudung, dll....
>>>>>> http://macam2ade.fotopages.com/
Tue 10-Jul-2007 14:39
Posted by:lieysa  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Thursday, 10-May-2007 04:53 Email | Share | | Bookmark
Malam Berinai Besar sempena Majlis Persandingan Nina & Fendi

Pintu gerbang nan ringkas
Pelamin dari pandangan melintang
Pelamin dari pandangan menegak
View all 19 photos...


Sehari sebelum hari kenduri besar, keluargaku telah mengadakan majlis khatam Quran dan Maulud selepas solat Zuhur.Unfortunately, gambar-gambar sewaktu majlis tersebut berlangsung tiada dalam simpanan. Still waiting for my sister to upload those photos. Kalau dah dapat nanti, akan aku uploadkan ke sini. Anyway, pada sebelah malamnya pula diadakan majlis berinai besar untuk kaum keluarga, saudara mara serta kenalan terdekat.Merasalah kami ditepung tawar. Majlis tak formal..so memasing pulun ajelah menepung tawar ikut suka. Just untuk kenang-kenangan

Thanx Errynn..thanx for the pray too, amin! Fri 11-May-2007 07:09
Posted by:Ribut Sakinah chempaka_aurora@yahoo.com
tahniah chem..semoga trus bahagia di samping suami..cepat2 timang baby :D:D:D Fri 11-May-2007 11:08
Posted by:ctnurbaya  - [Link]
cun arr.. eliz/darling ckp hb mcm edy kru )
mmg lawo la bj tu.. cun...
Tue 15-May-2007 10:06
Posted by:norul norul_nf@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Friday, 13-Apr-2007 00:56 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pernikahan Nina Mastura & Mohammed Afendi

Bapa² saudaraku merangkap saksi bersama Tok Kadi
Hubby kena "ceramah"..hiks!
Aku terima nikahnya...
View all 17 photos...



Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, aku selamat diijabkabulkan dengan Mohammed Afendi bin Mohamed Johan pada hari Sabtu, 31hb Mac 2007 bersamaan 12 Rabiul Awal 1428H bertempat di Masjid Jamek Hj. Mat Saman, Sungai Ramal Luar, Kajang pada jam 11 pagi. Majlis pernikahan serba ringkas ini hanya dihadiri oleh saudara-mara terdekat kedua belah pihak. Sejurus selepas majlis akad nikah, kenduri doa selamat beserta jamuan kecil-kecilan telah diadakan di kediaman keluarga aku di Apartment Sutra Mas, Jalan Sungai Chua 1/B, Kawasan Perindustrian Sungai Chua, Kajang. Kepada sahabat handai serta kenalan jauh dekat, dengan rendah hati aku ingin memohon ampun maaf kiranya tiada jemputan untuk majlis pernikahan & kenduri doa selamat yang telah diadakan memandangkan majlis tersebut hanya diadakan secara kecil-kecilan untuk saudara-mara terdekat. Disebabkan majlis pernikahan dan kenduri besar diadakan secara berasingan, aku dan hubby berhajat untuk menjemput kalian pada hari persandingan kami yang bakal berlangsung pada 29hb April 2007 bertempat di Kuantan. Sebenarnya ini hajat orang tua aku yang ingin mengadakan majlis nikah di Kajang dan majlis sanding di Kuantan. Hopefully korang enjoy menatap gambar-gambar pernikahan aku yang tak seberapa ini.

Tahniah ribut InsyaAllah klau xder per aku hadir di hari persandinganmu Thu 19-Apr-2007 03:19
Posted by:Oyin oyinesa7@yahoo.com
tahniah buat amoi insyaallah wid datang Fri 20-Apr-2007 14:48
Posted by:wid widury_matilda@yahoo.com
Alhamdulillah ..dah selamat dah majlis Chemp..lama x msk pcm ..comei n sweet sgt tgh chem n hubby ... moga bahagia selamanya Sun 20-May-2007 06:32
Posted by:mama adam mukhriz  - [Link]
View all 14 comments Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.